ABOUT TIPS ISLAM HEALTH

Apr 24, 2017

Gema Gegar Vaganza Mengangkat Lagu Nasyid


Gema Gegar Vaganza menampilkan empat kumpulan nasyid popular dan enam penyanyi solo yang bakal berentap di pentas persembahan mingguan yang akan bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras.

Pengurus saluran Astro Oasis, Ahmad Fuad Mat Ali berkata, selain peserta solo, program yang membariskan 10 peserta itu juga turut menampilkan penyertaan artis berkumpulan bagi sama-sama berentap untuk merebut gelaran juara.

“Untuk penganjuran kali pertama ini, pentas Gema Gegar Vaganza akan digegarkan oleh barisan penyanyi yang pernah mewarnai industri hiburan tanah air selain mempunyai portfolio seni yang hebat.
“Inspirasi daripada sambutan hangat daripada Gegar Vaganza, pertandingan ini turut menerapkan format dan konsep sama dengan elemen yang sinonim seperti persembahan pembukaan oleh pengacara dan kejutan,” katanya kepada mStar Online.

http://www.kosmo.com.my

Peserta Gema Gegar Vaganza

  1. Hijjaz
  2. Saujana
  3. Mirwana
  4. Unic
  5. Hafiz Hamidun
  6. Ana Raffali
  7. Azmi Caliph Buskers
  8. Izam EYE
  9. Bienda
  10. Wani

Gema Gegar Vaganza bersiaran secara langsung selama lapan minggu di Pusat Konvensyen CIDB, Cheras bermula 8 April, 2 minggu lepas.

Ia juga akan disiarkan menerusi saluran Astro Oasis (106) dan Maya HD (135) pada setiap hari Sabtu, 9 malam.

Dalam pada itu, Ahmad Fuad berkata, Gema Gegar Vaganza dapat menjadi satu medium bagi menyampaikan mesej dakwah yang berkesan dan atas dasar itu Astro Oasis memperkenalkan program itu namun bersifat lebih terbuka dan komtemporari sesuai dengan kehendak masa kini.

“Jika kita perhatikan, kini terdapat banyak lagu berunsur ketuhanan dan nasihat yang boleh kita ketengahkan.

“Kami berharap dengan pendekatan diketengahkan masyarakat akan membuka mata dan minda seterusnya mengiktiraf bahawa lagu-lagu yang membawa mesej-mesej positif dan berunsurkan Islamik tidak hanya terhad pada genre muzik nasyid sahaja,” katanya.

Bercakap lanjut mengenai Gema Gegar Vaganza, Ahmad Fuad berkata, setiap peserta perlu tampil bebas memilih apa sahaja genre namun ia mestilah mengandungi unsur nasihat dan aksi serta pemakaian selari dengan ajaran Islam.

Kepada korang semua yang melepas dan tak dapat tengok rancangan Gema Gegar Vaganza ni, korang boleh visit entry kat bawah ni untuk tonton secara atas talian. Nak download pun boleh juga y.


Juri

Dari segi pemarkahan pula, barisan peserta akan diadili sepenuhnya oleh tiga juri profesional berdasarkan kriteria pemarkahan yang telah ditetapkan.

“Kerusi panas juri pula akan diduduki oleh dua orang juri tetap iaitu Farihin Abdul Fattah, seorang komposer dan penerbit yang tidak asing lagi dalam dunia seni hiburan Islam.

“Beliau akan ditemani oleh Oki Setiana Dewi, seorang pelakon Indonesia yang berpengaruh dan aktif dalam hal-hal berkaitan keagamaan di Indonesia manakala, seorang juri jemputan akan diundang pada setiap minggu,” katanya.


Hos Program

Siti Nordiana, Achey Bocey dan Fikri (Lawak Solo).
 

Hadiah

Juara Gema Gegar Vaganza bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi. Naib juara pula akan memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM30,000 beserta trofi manakala hadiah tempat ketiga akan mendapat wang tunai bernilai RM20,000 beserta trofi.

Tempat keempat pula bakal meraih wang tunai RM10,000 beserta trofi dan pemenang bagi kategori ‘Pilihan Penonton’ yang diundi menerusi sistem dalam talian pula akan membawa pulang wang tunai RM5,000.

Jadi korang semua jangan lupa saksikan program Gema Gegar Vaganza ini di Astro Oasis dan Maya HD setiap hari Sabtu jam 9.00 malam.

Rancangan yang paling saya minat :D . Sebab mereka ketengahkan unsur-unsur islamik yang boleh membuatkan kita kembali mengingati Allah swt :) .  Korang semua macam mana ?

Thanks for reading this entry guys.

source ; sini

Apr 21, 2017

Tips Mudah Minum Air 3 Liter Sehari

- Air kosong, nampak mudah hendak minum, akan tetapi ternyata bukan mudah seperti disangka. Lebih - Lebih lagi, mengikut sukatan keperluan berat badan dan paras air yg setara, dengan berat badan kita.
- Air adalah satu elemen yang sangat penting didalam tubuh kita, ini kerana kandungan air dalam badan manusia 60% - 70% dari berat badan. Kandungan air dalam lemak, hanya 10%, tetapi bagi mereka yang obesiti, kandungan air dalam tubuh adalah kurang 60% . Jadi pengambilan air yang mencukupi secara konsisten membekalkan tubuh yg cergas, sihat dan mampu mendapatkan berat yang ideal.
Ramai yang kata, termasuk saya sendiri, susah nak minum air 3 Liter sehari. Mungkin kita tak tahu cara/waktu nak minum air yang betul kan ? Okey so sekarang ni jom baca sampai bawah. Moga ia bermanfaat :)

Tips Mudah Minum Air 3 Liter Sehari

Minum 2 gelas air, sebaik sahaja bangun dari tidur dapat mengaktifkan dan mencergaskan organ dalaman. (petua awet muda nie tau, rugi tak ikut, hihihi)

Minum air 1 gelas selepas solat subuh.

Minum air 1 gelas sebelum mandi.

Minum air 1 gelas Selepas mandi dapat membantu mengurangkan tekanan darah rendah.

Minum air 1 gelas selepas solat zuhur

Minum 2 gelas air 20 minit, sebelum makan, membantu sistem penghadaman

Minum 1 gelas air selepas solat asar

Minum 1 gelas air sebelum mandi petang.

Minum 1 gelas air selepas solat maghrib

Minum 1 gelas air selepas solat isyak

Minum 1 gelas air sebelum tidur, mampu menggelakkan strok dan serangan jantung pada waktu malam.

- Mungkin kalau korang yang baru nak start minum air dalam kuantiti yang banyak ni, akan ulang-alik ke tandas. Sebab rasa nak buang air kecil selalu je. huhu. Ni mula-mula je ye. Kalau lama-lama korang dah biasa. takde dah ulang-alik ke tandas tu. hehe
- Sama macam saya ni jugak. Masa first time minum air segelas, 2 gelas. Mula la nak ke tandas. Tapi alhamdulillah, lama-lama okey :)
Haaa 13 gelas terus dalam sehari. Okey la kan. Dapat menjadikan kita lebih sihat. InsyaAllah.
Kalau korang taknak minum 3 liter sehari pun tak apa. 
Yang penting jangan minum 1 gelas air je sehari. Sebab 1 gelas tu tak cukup tau. Lagi-lagi musim panas ceng-ceng (kelantan's languange) macam ni haha
Kalau saya, minum 3-4 gelas macam tu je sehari.
13 gelas ni belum cuba je lagi. hahaha 😂

Kenapa kita kena minum banyak sangat air ni ?
Apa kelebihan dia ?
Kalau tak minum air banyak macam ni tak boleh ke ?

Persoalan yang selalu bermain di minda, haa nak tahu kena baca bawah ni :D keburukan yang uols dapat bila tak minum air cukup.

10 Kesan Buruk Kurang Minum Air Kosong!

1. Lemah daya ingatan/mudah lupa dan keliru.
2. Lesu pada waktu siang hari.

3. Mudah Sakit Kepala.

4. Memperlahankan kadar metabolisme badan. (berat badan sukar turun)

5. Dehidrasi (tubuh akan mengalami dehidrasi menyebabkan cairan diotak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir keotak berkurang. Akibatnya sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang.

6. Darah menjadi lebih pekat.

7. Degupan jantung semakin meningkat.

8. Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara.

9. Menganggu fungsi ginjal, ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang. (minum air secukupnya maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing)

10. Kulit menjadi kusam, ini kerana kurang minum air menyebabkan aliran darah dalam kapilari dikulit juga tidak maksimal.

Tengok tu. Banyak kan keburukan dia.
So sekarang, jom kita cuba praktikkan minum air 13 Liter sehari.
InsyaAllah boleh :)

Thanks for reading my entries 😍

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...