ABOUT TIPS ISLAM HEALTH

Nov 29, 2015

11 TIPS AWESOME UNTUK STUDENT


Alhamdulillah. Harini saya ingin kongsikan 11 tips untuk students. Memandangkan sekarang ni cuti sekolah, bolehlah anda semua praktikkan dulu dekat rumah sementara tunggu bukak sekolah ni kan. *senyum* . Ok, sekarang tumpukan kepada tips yang saya ingin berikan ini :)

 Mandi pada waktu pagi antara pukul 1 pagi hingga 6 pagi. Pada waktu ini, sangat bagus mandi kerana ia akan mengurangkan lemak dalam badan.

 Jika bangun pukul 4 dan keatas, jangan lagi tidur selepas itu, kerana jika tidur semula, akan melemahkan badan.

 Sarapan antara pukul 7 pagi hingga 7.30 pagi. Bagus sarapan pada waktu ini kerana ia akan meningkatkan kadar metabolisme dalam badan

 Datang ke kelas seeloknya 10 minit lebih awal atau lebih awal, kerana ia adalah adab, dan mungkin ada keberkatan di situ.

 Makan tengahari dengan kadar biasa, selepas setengah jam, tidur sekeitka 10 hingga 15 minit, kemudian basahkan kepala untuk aktivit fizikal.

 Lakukan aktiviti fizikal selepas asar, kerana waktu ini tidak sesuai untuk belajar. Jadi, gunakan untuk sebarang aktiviti fizikal.

 Mandi malam lebih kurang antara pukul 6 petang hingga 6.30 petang. Jangan beriadah terlalu lama, kerana ia akan meletihkan badan pada waktu malam.

 Luangkan masa maghrib-isya' kepada Allah, kerana waktu ini adalah waktu tenangkan minda dengan terapi

 Mula study lepas isya. Hanya ambil masa 30 minit untuk satu subjek, seterusnya subjek lain, sampai cukup 2 atau 2 jam 30 minit untuk setiap malam,

 Tidur awal, lebih kurang pukul 11 atau 11.30 malam. Kerana pada waktu ini, hormon dalam badan perlukan  rehat untuk memproses badan dengan baik.

 Jangan lupa bertahajud dan qiamullail, kerana inilah ikatan yang kukuh antara hamba dan Penciptanya.

Wallahu'alam.. Semoga langkah anda dan saya menuntut ilmu diberkati dan dapat memberi manfaat. InsyaAllah :)

4 comments:

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...