ABOUT TIPS ISLAM HEALTH

Dec 1, 2015

CUTI AKHIR TAHUN


Pesanan ini khusus untuk pelajar sekolah yang tengah bercuti.

Miss nak pesan something yang sangat penting. Tolong baca dekat bawah ni tau :)

 Banyak orang akhirnya hanyut dalam maksiat kerana banyak MASA KOSONG. Dan, akibat dari tak tahu nak handle masa korang dengan baik, maka, disitulah bermulanya perasaan ingin mencuba sesuatu yang tak baik.

Time banyak masa kosonglah, ramai yang nak start tengok klip video yang tak baik. Bermula dengan baca artikel yang berunsur tak elok. Dan akhirnya jatuh ke dalam lembah maksiat sedikit demi sedikit.

MAKA , SARANAN SAYA SEMPENA CUTI SEKOLAH INI :

 Banyakkan masa dengan MEMBACA buku-buku agama. Buku sirah nabi, buku dakwah, buku tarbiah, dan buku yang bermanfaat yang lain.



 Baca Quran dan cuba untuk khatamkan quran.
  • Kalau sehari baca satu juzuk, sebulan insyaAllah dah boleh khatam. Satu juzuk tu 20 muka surat je. Mungkin dalam 40 minit dah boleh habiskan satu juzuk :)
 Hafal Quran
  • Ada masa tu, hafal la sehari 3 ayat ke. Targetla dapat hafal mana mana surah. Sedikit tak apa. Asalkan ada penghayatan dan keikhlasan :)
 Pergi program tarbiah
  • Ada kem-kem ke, program qiam ke, usrah ke, pergi je. Jangan tak pergi. Kalau takde, cari sampai jumpa. Bila pergi program tarbiah, kita akan jumpa ramai orang baik dan kita akan bersemangat.
  • Tapi, kalau parents semua busy. Takde masa nak hantar kita untuk pergi kem macam tu, buat je tips pertama tu. Baca buku ilmiah banyak-banyak :)
 Solat 5 waktu kena jaga. Pergi masjid / surau bagi lelaki dan solat awal waktu bagi perempuan.
  • Kalau solat tak jaga, memang susah untuk tinggal maksiat.
 Seterusnya, nasihat Miss jangan duduk sorang sorang. Sebab duduk sorang sorang ni bahaya tau. 
  • Ajaklah kakak, abang atau parents dan ajak diorang berbual-bual ke. Atau spend masa cuti ni dengan diorang. InsyaAllah akan terasa kemanisan bersama dengan keluarga tersayang :)
Terima kasih sudi baca. Semoga hidup kita diredhai Allah :) Amin

No comments:

Post a Comment

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...