ABOUT TIPS ISLAM HEALTH

Feb 13, 2017

7 Khasiat Buah Kurma



http://4.bp.blogspot.com/-zC8zE-o_rGY/UEBrbSHTTGI/AAAAAAAAAco/be-zXmdgjrw/s1600/Assalamualaikum4.png
Hye guys. Haa, kalau pasal 'buah kurma' mesti korang teringat dekat bulan puasa kan ? Sebab buah kurma ni orang selalu makan time bulan puasa je kan. Masa nak berbuka tu. rindu pulek dekat bulan puasa.. hehe. Kalau selain dari bulan puasa, jarang la orang amalkan. Tapi, disini Miss A nak share 7 khasiat Buah Kurma yang korang kena tahu. Mungkin lepas baca, korang rasa nak amalkan makan kurma ni setiap hari. Happy Reading guys ~

https://1.bp.blogspot.com/-ItXyxS45WKQ/VY-wm5LiTpI/AAAAAAAAACM/T2K-Z-pkN5c/s1600/Buah%2BKurma%2Buntuk%2BMengatasi%2BGemuk.jpg 

Kurma atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Ia dikatakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya terbukti secara saintifik. Baginda Rasulullah SAW juga sendiri telah beberapa kali menyebut perihal kurma dan khasiatnya, dan ia amat sinonim dengan sirah baginda
 "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar 'Ajwah', dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu"

Manakala sudut sains pula mengatakan, kandungan protein dalam kurma adalah lebih kurang 2.5%, serat 8.0%, manakala kandungan gulanya pula adalah sangat tinggi , iaitu sehingga 63%, majoritinya adalah glukosa. Lemak yang terkandung di dalamnya pula adalah sedikit iaitu sekitar 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.
Paling cepat diproses, diserap, sekaligus memberikan tenaga segera

Kandungan gula yang sangat tinggi malah lebih tinggi dari pisang, kurma berupaya memberikan "tenaga segera" yang akan diserap oleh tubuh serta-merta. Berbeza dengan kebanyakan buah-buahan lain yang mengandungi sukrosa
"Rasulullah SAW berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tidak terdapat kurma, maka baginda akan berbuka puasa dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka baginda meminum beberapa teguk air."
Makan kurma ketika berbuka puasa amat bagus kerana pada waktu ini, kita perlukan tenaga segera. Bukannya tenaga yang lambat untuk dicerna seperti yang lambat terkandung dalam kebanyakan makanan berlemak dan bergoreng yang lain.

Kaya dengan serat dan potassium

Kurma dimakan tanpa perlu membuang kulitnya dan pada kulitnya itulah terkandung serat. Kurma adalah antara buah-buahan yang amat kaya dengan serat, serat larut mahupun tidak larut. Tinggi serat amat baik untuk sistem pelawasan.

Kurma juga kaya dengan potassium dan beberapa zat galian yang lain. Potassium adalah elektrolit yang akan menyeimbangkan kandungan air di dalam tubuh badan apabila kita kehilangannya, terutamanya sepanjang tempoh berpuasa. Plus, potassium juga membantu dalam pembinaan otot termasuk otot jantung dan mampu memelihara sistem saraf.

Penguat memori

Ramai yang berfikiran hanya kismis yang baik untuk menguatkan daya ingatan, namun hakikatnya kurma juga mampu untuk menguatkan daya ingatan kita. Ia juga amat sesuai untuk kanak-kanak yang
sedang membesar.

Baik untuk wanita mengandung/bersalin

Masih ingat kisah Maryam yang hanya memakan buah kurma semasa melahirkan Nabi Isa As ? Menerusi malaikat jibril, Allah telah mewahyukan kepada ibu Isa iaitu Maryam binti Imran supaya menggegarkan pohon kurma sehingga gugur lantas memakannya tatkala lemah selepas bersalin.
"Dan goncangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak," Surah Maryam, ayat 25.

Plus, buah kurma amat baik untuk wanita mengandung dan akan memudahkan wanita untuk melahirkan anak dan akan mengurangkan pengaliran darah semasa kelahiran. Malah anak yang dilahirkan kelak, dipercayai akan mempunya sifat-sifat yang baik, penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya. (Sabda Rasulullah)

Penawar Racun

Diriwayat oleh Aishah r.a., "Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan"

Merawat Penyakit

Dalam perubatan homeopati, biji kurma dikisar halus seperti serbuk teh. Ia direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Mengubati gangguan usus dan sembelit

Ketidakserasian dengan gluten menghalang penyerapan zat-zat makanan secara sempurna. Kurma mencegah ini daripada berlaku.

Okay. So, itulah semua ketujuh-tujuh khasiat buah kurma ni. So, time bukan bulan puasa pun, korang dicadangkan untuk mengamalkan makan buah kurma ni tau. Sebab banyak sangat benefits yang korang akan dapat :)

P/s : Sumber dari Sini

4 comments:

  1. Perkongsian yang baik :)
    Sebelum ni tak suka makan kurma sebab manis sangat, tapi rupanya dia ada ja jenis yang tak manis sangat hehe.

    ReplyDelete
  2. Nak g beli kurma lah esok. Sbb since kurma sarat dgn fibre, sy rasa ianya bagus utk diet dan memenuhi keperluan badan. Tq for the post. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli banyak terus je sis. hihi :D haah betul tu :)

      Delete

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...