ABOUT TIPS ISLAM HEALTH

Feb 21, 2017

Cara Mudah Menarik Rezeki

 

Ramai diantara kita mungkin pernah mengalami masalah kewangan atau kesuntukan duit dalam hidup. Selain dari usaha yang bersungguh, ada beberapa amalan yang boleh dilakukan untuk memudahkan kita dikurniakan rezeki :)

Artikel ini bukan bertujuan untuk mengajar pembaca tentang bagaimana mendapat rezeki, tetapi sekadar perkongsian pengalaman lalu penulis yang mungkin boleh sama-sama memberi panduan dan manfaat.
Apa yang penting, kita kena yakin dengan rezeki Allah
  • Menarik Rezeki Dengan Bersedekah
Ramai yang tidak tahu bahawa amalan bersedekah mampu untuk membawa rezeki yang melimpah-ruah kepada si pemberi rezeki. Amalan yang digalakkan oleh islam ini bukanlah bermaksud sama sekali mengurangkan wang kita, malah menambah rezeki dan kekayaan kita.
Bersedekahlah tanpa perlu mengharapkan balasan.
Pernahkah kita didatangi oleh seorang peminta sedekah yang mengharapkan sedikit wang untuk membeli makanan? Bagaimana respons kita terhadapnya? Berapakah jumlah wang yang kita berikan?
Bersedekah bukanlah memberi sekecil-kecil wang yang kita miliki. Memberi RM0.10 contohnya untuk diberikan kepada peminta sedekah itu sambil dalam hati berkata, " Tentu ada orang lain lagi yang akan memberikan wang kepada dia."
Usah bersedekah dengan cara ini kerana ia salah. Kerana niat kita bukanlah untuk bersedekah, sebaliknya memberikan sedikit wang kepada orang tersebut. Bersedekah dengan semampu yang boleh. Faham tak dengan perkataan "semampu" tu ?
Lakukanlah sedekah dengan ikhlas. Ikhlaskan hati sehabis mungkin. Jangan pula ketika memberi sedekah tetapi dalam hati kita berniat agar orang peminta sedekah itu beredar. Atau berasa rugi dan merungut di dalam hati ketika memberikan wang itu.

Ketika menghulurkan sedekah, janganlah disusuli dengan sesuatu perkataan yang menyakitkan hati si penerima sedekah tersebut. Contohnya dengan mengatakan, "Gunakan duit ini untuk perkara baik-baik, jangan membazir pula."

Walaupun niat kita baik, tetapi dalam masa yang sama kita telah menyakitkan hati si penerima tersebut. Maka, membuatkan sedekah kita tadi bukan lagi sedekah. rugi bukan ?

Jangan Mengharapkan Balasan
Kita sering kali tersilap dalam memberi sedekah dan berkata dalam hati, semoga sedekah yang dilakukan oleh aku ini akan mendapat balasan setimpal. Sesungguhnya memberikan sesuatu tanpa mengharapkan balasan adalah mulia disisi Tuhan tanpa mengharapkan balasan.

Allah menyatakan dalam firmanNya
"Orang yang menafkahkan hartanya pada malam dan siang hari secara sembunyi dan terang-terangan, mereka mendapat pahala disisi tuhannya. Tidak ada kebimbangan pada mereka dan tidak pula mereka bersedih." [Al-Baqarah : 274]

Memberikan Sesuatu Yang Berguna

Pernah terlihat amalan masyarakat kita yang memberikan barangan pakaian-pakaian buruk dan lama atau buku-buku yang ingin dibuang? Seeloknya, bersedekahlah dengan wang atau barangan yang masih baik dalam keadaan elok. Bukannya dari barangan yang kita hendak buang. Kita hendak bersedekah, bukannya menolak "sampah" kita kepada mereka yang tidak bernasib baik.

Buatlah si penerima berasa gembira. Walaupun kita tidak mampu bersedekah lebih, sekurang-kurangnya buatlah hati mereka merasa gembira. InsyaAllah jauh di sudut hati, mereka akan mendoakan kita kembali agar mendapat kebaikan dunia dan akhirat :)

  • Menarik Rezeki Dengan Berdoa
Selepas berusaha melakukan kerja, jangan lupa untuk berdoa. Apa sahaja tindakan yang diiringi doa, akan diperkenankan oleh Allah SWT. InsyaAllah. Berdoa dan meminta adalah sifat semulajadi manusia. Hanya dengan doa, segala permintaan dapat didengari oleh-Nya. InsyaAllah, rezeki akan datang kepada kita. Cuma cepat atau lambat sahaja.

Sebelum memulakan kerja, lakukan sedikit doa memohon keberkatan dari perkerjaan yang kita jalankan dan tanamkan niat bekerja mencari rezeki yang halal. Yang kita mahukan adalah dilimpahkan rezeki yang halal dan berkat.
"Ya Allah, Ya Tuhan yang Maha Kaya, wahai Tuhan Yang Maha Terpuji, wahai Tuhan yang Maha Pencipta, wahai Tuhan yang Maha Mengembalikan, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang, kayakan aku dengan perkara-perkara yang dikau halalkan dan bukan daripada yang dikau haramkan, serta dengan kelebihan atau kurniaanMu bukan daripada selain-Mu."

  • Mengamalkan Solat Sunat Dhuha
Solat ini sering diamalkan oleh ahli perniagaan Muslim. Sehinggakan ada yang mengamalkan solat sunat ini seperti sebahagian solat wajib.

Solat Dhuha ini satu-satunya solat yang memberikan limpahan rezeki dari Allah SWT. Jika diamalkan selalu, InsyaAllah pintu rezeki akan terbuka luas :) Solat Dhuha sering dikatakan magnet rezeki. Dengan melakukan solat ini, rezeki yang dipohon akan segera menjengah kita. InsyaAllah.

Selain itu, digalakkan juga untuk kita membaca surah Al-Waqiah kerana banyak sangat manfaat akan kita dapat. Salah satunya adalah, kita akan dijauhkan dari kemiskinan selamanya jika dibaca sebanyak 1 kali setiap malam :) InsyaAllah

Okay. So , macam mana ? Kalau korang belum amalkan lagi, let's amalkan sekarang. Kalau yang dah amalkan, semoga istiqomah ye :D

Source ; Sini

7 comments:

  1. Terima kasih di atas perkongsian yang berguna ni.
    Kadang-kadang ada yang tertanya-tanya kenapa rezeki susah sangat nak masuk. mungkin boleh periksa diri kita sendiri dan betulkan mengikut garis panduan di atas :)

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing. Kadang kala juga rezeki susah nak masuk apabila kita selalu mengeluh takda duit dan kurangya bersyukur. Apapun refleksi diri sendiri.

    Yakin dengan ALLAH dan lusakan pengertian rezeki :D

    ReplyDelete
  3. InsyaAllah, kalau kita amalkan semua ni dan berusaha keras jugak at the same time insyaAllah Allah akan perluas rezeki untuk kita. Mama saya pesan, baca surah al-Waqi'ah dengan ayat seribu dinar. 💪

    ReplyDelete

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...