ABOUT TIPS ISLAM HEALTH

Feb 26, 2017

Cinta & Rindu Menurut Islam

Entah la kenapa pagi ni tetiba je rasa nak update pasal ni. image Mungkin terlalu 'rindu' someone barangkali. hahaha.

Okay dah, Miss A nak pinjam masa korang jap ea. Baca entry ni kejap :D
Haa penting jugak, kalau korang yang ada ter'fall' in love dengan someone ke, ter'rindu' ke, elok sangat baca this entry😊. InsyaAllah will help you guys okehh.

Miss A nak tanya,
Korang pernah tak rindu sangat sangat sangat kat someone but someone tu tak tahu yang korang ni rindu dekat dia tu. Mean rindu dalam diam la ni 😍 Okay, dekat bawah ni adalah doa yang Nabi Yusuf a.s tatkala dia sedang merindui Zulaikha dahulu.
"Ya Allah, sampaikanlah salam rinduku kepada ........... (nama penuh orang yang kita rindui) sehingga menjadi kerinduannya. Aminn"
Korang boleh amalkan kalau tetiba rasa rindu ke apa ke. InsyaAllah dipermudahkan urusan korang 💕

Next,
Boleh ke kalau kita mencintai dia dalam diam ?
Kita pun tak tahu sama ada dia dah berpunya or still singleimage 
Korang pernah alami tak benda ni ? Mesti pernah kan.
Okay. Sambung baca lagi k.

Ketika cinta kini hadir untuk yang Maha Mengetahui, saat secercah rasa tidak lagi tercipta untuk Yang Maha Pencipta.
Izinkanlah hati bertanya untuk siapa ia muncul dengan tiba-tiba, mungkinkah dengan redhaNya atau hanya mengundang murkaNya.
Jika benar cinta itu kerana Allah maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran Allah kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah maka ia pun berhilir kepada Allah.
 ” Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu, dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin, ALLAH akan memampukan mereka dengan kurniaNYA.” (QS. An Nuur: 32 )
 Tetapi, jika kelemahan masih tidak mampu, maka bersabarlah. Berdoalah. Berpuasalah.
” Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah bersedia untuk bernikah, maka menikahlah, sesungguhnya nikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, maka berpuasalah, kerana sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya.” ( Hadis )
Cukuplah Cintai Dia Dalam Diam
Bukan kerana membenci hadirnya, tetapi menjaga kesuciannya bukan kerana menghindari dunia. Tetapi, meraih syurgaNya, bukan kerana lemah untuk menghadapinya. Tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus dan menyelusup.

Cukuplah Cintai Dia Dari Kejauhan
Kerana hadirmu tiadakan mampu menjauhkannya dari ujian. Kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan. Kerana mungkin saja kan membawa kelalaian hati yang terjaga.

Cukuplah Cintai Dia Dengan Kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan. Menumbuhkan harapan hanya akan memberi kebahagian kepada para syaitan

Maka Cintailah Dia Dengan Keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati. Tetapi sanggupkan jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al-Farisi ?
“.. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” ( QS. Al Baqarah: 216 )
Cukup cintai dia dalam diam, dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan. Kerana kita tidak tahu perancangan tuhan. Mungkin kita merancang, tetapi perancangan Allah mengatasi segala-galanya.

Penutup
So, korang boleh berdoa dengan doa Nabi Yusuf tu, sebab semuanya berkait kan 💖😃
Semoga dipermudahkan urusan kalian termasuk Miss A sendiri image

Thanks for reading my entry guys.

source ; Sini

No comments:

Post a Comment

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...