ABOUT TIPS ISLAM HEALTH

Feb 7, 2017

Penyebab Hati Tidak Tenang

 http://2.bp.blogspot.com/-mircQaQE89I/Tlnn5HWvlKI/AAAAAAAABh8/ZIvgRhxjeLY/s1600/salampink.png
Hi uolss, rindu pula rasa nak update blog. HEHE. Maklumlah, tahun ni la merupakan tahun yang free sikit. Free sikit je. Tahun 2016 memang busy je memanjang HAHA. Alhamdulillah di kesempatan ni, sis nak update pos " Penyebab Hati Tidak Tenang ". Happy Reading guyss

Pemarah.
  • Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak dalam di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hatinya tentu tidak tenang
  Pendendam.
  • Dendam yang tersembunyi itu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk menbalas dendam hatta secara kecil kecil sekali pun sakitkan hati atau tempelak orang yang didendam itu. Oleh sebab itu, orang yang pendendam mudah terkena serangan jantung. So, jom elakkan :)
  Hasad Dengki
  • Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan
Bakhil
  • Sentiasa menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain lain dari dirinya.Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit.(Rezeki yang diberi Allah elok dikongsi bersama).Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah,tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil.Kerana walau pun fasiq,pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui manusia.
Tamak
  • Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut. Walau berapa banyak yang diminum tetap tak abis jugak. Tambahan pula, orang tamak selalu rugi.
Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan,itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain disitu). Biarkan rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.
  Tidak Sabar
  •  Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hai-hal yang lebih besar.(oleh itu banyak-banyak kanlah bersabar bila hadapi dugaan…Contohnya time homework kat sekolah banyak sangat ke, kerja kat office bertimbun ke. haaa , tu contoh je la. hehe
Ego
  •  Ibu segala sifat Mazmummah. Oleh itu, ia akan membuatkan seseorang itu paling tidak tenang.Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahu pun batin.
Riak
  •  Manusia yang memiliki sifat ini akan terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari untuk dipuji. Sentiasa berlakon-lakon didepan orang. Jika dipuji,ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji,ia akan mengurangkan amalnya. MashaAllah, sama-sama kita jauhkan ye.
Cinta Dunia
  • Penyakit yang ramai dihadapi oleh manusia di akhir zaman ini adalah tidak lain dan tidak bukan, penyakit Al-Wahan iaitu Cinta Akan Dunia. Sesungguhnya individu yang memiliki sifat ini akan merasa tidak tenang kerana sentiasa mengejar dunia yang sementara ini. Ingat, bila kita meninggal nanti, amalan-amalan kita je jadi peneman.
 Kesimpulan

Harap-harap pos kali ini dapat membantu korang semua ye :) Miss A pun harap harap semoga pembaca sekalian tak ada 9 sifat mazmumah macam kat atas tu ye termasuk la Miss A sendiri hehe. InsyaAllah. Thanks for reading :)

4 comments:

  1. Betul tu. saya setuju dengan point-point di atas. Susah nak didik diri jadi sabar ni. Banyak lagi benda kena tingkatkan dalam diri. btw saya singgah dan follow blog awk ya. nice blog anyway. jemput melawat blog saya

    https://anothersyed.blogspot.my

    ReplyDelete
  2. Penyakit Cinta Dunia memang penyakit akhir zaman. takut huhuhu. semoga kita dijauhkan dari sifat sifat di atas. inshaaAllah aminn.

    ReplyDelete

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...