ABOUT TIPS ISLAM HEALTH

Mar 8, 2017

8 Manfaat Ketawa Yang Perlu Anda Tahu



http://3.bp.blogspot.com/-XDrOF7dmKtM/US1JA9RXhbI/AAAAAAAAAv0/dNkpj0yBl38/s1600/freebies-greeting-word-3.png 
http://more-sky.com/
Mengurangkan stress

Kadar hormon stress seperti kortisol dan adrenalin akan cenderung untuk menurun ketika anda ketawa. Disebabkan hormon-hormon inilah yang memberi tekanan terhadap sistem ketahanan tubuh yang boleh mendorong kepada jangkitan, penyakit dan kesihatan yang tidak baik. Satu kajian mendapati bahawa ketawa membantu mengurangkan stress dan meningkatkan fungsi ketahanan tubuh. Ia juga sangat bermanfaat untuk rawatan pesakit kanser dan HIV.

 Memperbaiki aliran dan tekanan darah

Ketawa telah terbukti dapat menurunkan atau mengimbangkan tekanan darah dan meningkatkan aliran darah vaskular. Ia dapat membantu untuk melancarkan kembali peredaran darah dan meningkatkan oksigen dalam darah. Selain daripada itu, ketawa juga merupakan terapi terbaik untuk memerangi penyakit jantung.

 Merupakan senaman

Hasil daripada penyelidikan menunjukkan bahawa dengan ketawa sebanyak 100 kali, jumlah tenaga yang digunakan adalah bersamaan dengan 10 minit mendayung kanu atau 15 minit mengayuh basikal.
Senang la kan nak kurus, ketawa je dah boleh kurus dah. haha

Meningkatkan ketahanan tubuh

Dengan ketawa telah terbukti dapat meningkatkan kadar salivary immunoglobulin A (IgA), yang merupakan antibodi penting untuk memerangi bakteria dan jangkitan terutama dalam sistem pernafasan.

 Menghilangkan kesakitan

Ketawa adalah merupakan rawatan secara semulajadi yang dapat membantu untuk menghilangkan rasa sakit walaupun ia hanya bersifat sementara.
Haa so korang yang tengah tak sihat, cuba la tengok cerita-cerita lucu. InsyaAllah membantu :)

Meningkatkan kemahiran bersosial

Perasankah anda dengan ketawa dapat memudahkan lagi seseorang untuk berhubung, berkomunikasi dan sebagainya. Seorang yang mudah untuk ketawa akan lebih mudah untuk didekati berbanding seorang yang serius. Sesuatu perhubungan akan menjadi lebih akrab sekiranya sering ketawa.
Kan ? Senang cerita orang yang happy go lucky ni ramai orang suka berbanding orang yang always serious. hihi.

Mengurangkan agresif

Dengan ketawa akan menyebabkan anda menjadi lebih tenang dan kurang agresif, yang boleh membantu anda membentuk perspektif yang lebih jelas tentang apa yang sebenarnya berlaku di sekitar anda. Dalam sebuah kajian, seseorang yang gemar untuk menonton video lucu kurang bersifat agresif berbanding orang yang tidak suka menontonnya.

Memberi tenanga kepada organ dalaman

Seperti yang telah dinyatakan, ketawa akan meningkatkan aliran darah, mengurangkan hormon stress dan secara tidak langsung merupakan salah satu senaman. Dengan kata lain, ketawa dapat membantu untuk mencerdaskan otak, jantung dan paru-paru serta merangsang organ-organ ini ke dalam tindakan yang anda lakukan dan memberikan tenaga terhadap organ-organ ini untuk berfungsi dengan baik.

So, banyak kan manfaat yang korang boleh dapat bila korang ketawa kan ?
So, yang tengah bersedih tu, carilah benda-benda atau sesuatu yang boleh membuatkan anda ketawa :)

source ; Facebook

2 comments:

  1. Banyak manfaast ketawa ni especially benda buruk pon boleh jadi positif bila hari-hari senyum/ketawa :)

    ReplyDelete
  2. ada baiknya jugak ketawa ni, sebab sedih-sedih boleh happy balik hihi

    ReplyDelete

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...