ABOUT TIPS ISLAM HEALTH

Mar 19, 2017

Gagal SPM ? #Batch99 must read this


Hai koranggg
16 hari bulan sebelum ni, korang yang ambil SPM dapat keputusan kan ?
So , amacam ?
Berpuas hati dengan result korang tak ?
Ke ada yang tak berpuas hati ?
Kalau rasa tak puas hati, cuba baca nota di bawah ni kijapp yer.

 

Gagal dalam SPM. Miss A percaya ramai yang gagal mendapat keputusan yang baik dan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang baharu sahaja diumumkan. Sedih dan kecewa pasti terasa dan sedang menemani mereka. Emak, ayah dan guru-guru juga tumpang sedih. Kan ? Betul tak ?

Adik-adik yang gagal dalam SPM dan dalam apa juga peperiksaan, usah terus menyambung sedih. Menyambung rasa kecewa. Putus asa, putus harapan mesti dibuang jauh-jauh dari kamus hidup kita. Jangan sekali-kali cuba fikir nak terjun lombong, terjun bangunan. haaaa, ehehe, miss A gurau je.. Tapiii, andai kata itu yang dipilih, terbuktilah korang memang sebenar-benarnya gagal.

Gagal untuk bangun setelah jatuh adalah maksud gagal yang sebenarnya. Begitulah apa yang mereka nampak sebagai abang, sebagai kakak, sebagai emak, ayah dan sebagai guru. Miss A percaya akan ada banyak komen yang bersetuju nanti. Kalau setuju, komen k.

Gagal masuk universiti dengan keputusan lepas bukan juga bermakna gagal untuk menimba ilmu dan pengetahuan. Bukan gagal untuk hidup bahagia, berjaya dunia dan akhirat. Bukan. Peluang masih ada dan laluan masih terbuka. Seperti gagal untuk berenang ke sebuah pulau, tidak semestinya kita tak boleh untuk pergi ke pulau. Kan? Dan satu lagi Miss A nak pesan, tak semestinya bila kita dapat result teruk, kita tak boleh sambung belajar. Rezeki Allah itu luas awak. InsyaAllah, Allah dah aturkan cantik-cantik untuk awak. Apa yang awak perlu buat, adalah Usaha + Doa yang baik-baik. InsyaAllah semua yang datang pun baik-baik jugak. hehe

Ini last okay.
Haritu saya ada pergi dekat karnival.
Dengan izin Allah, saya pun dipertemukan dengan seorang lecturer dekat situ.
Alhamdulillah banyak input yang saya dapat.
Dia ada pesan dekat saya macam ni :-
Dik, nak sambung belajar tak semestinya dapat straigth A dik. Ni haa, student akak. SPM tak de A pun, B pun takde dik. Yang ada C lepastu D. Yang lain E & ada jugak gagal. Tapi semangat dia nak belajar tu kuat, dia berjaya dapat pointer 3 keatas.
Tengok tu.
Rezeki kita ada awak.
Cuma cepat atau lambat sahaja Allah nak bagi.
Yang penting sabar.

So #batch99. Goodluck. Your journey is starting here :) Now ! :)

No comments:

Post a Comment

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...