ABOUT TIPS ISLAM HEALTH

Mar 10, 2017

Kelebihan Buah Delima (Pomegranate)


Hari ni rasa nak update pasal kebaikan buah delima. Sape pernah makan ? Raise up your right hand. hihi. Ke ada yang belum try lagi buah delima ni ? Kalau belum, korang wajib try okay. Plus it is good for your healthy.


Continue reading okay.

You will found out banyak manfaat buah delima ni tau. Yang dah tahu pun baca sekali lagi yer 💜

Menurut kajian baru-baru ini yang dijalankan oleh pasukan penyelidik di University of Edinburgh bahawa buah delima mempunyai keupayaan untuk mengurangkan lemak yang disimpan di sekitar perut.
Delima membantu untuk menghilangkan obesiti lemak, dan mengurangkan kebarangkalian pertumbuhan sel-sel adipos di perut mereka, dan membantu mengurangkan asid lemak dalam darah, yang dikenali sebagai yang “Neva”, dan merendahkan  tekanan darah, yang menghalang strok, serangan jantung, strok dan penyakit buah pinggang.
Para penyelidik menunjukkan terdapat faedah lain rawatan delima demam tinggi, sakit kepala, penglihatan, di mana jus delima digunakan pada kadar dua cawan sehari, dan yang mengendalikan masalah hidung dan mengaktifkan saraf dan kes keletihan dan menahan kesakitan.

Delima Mengurangkan Berat Badan

Delima hebat dalam melawan lemak, sebagaimana ia menolong dalam proses pembawaan makanan kepada salur pencernaan,
Ini akan memberikan badan anda mengurangkan peluang untuk mengumpul lemak dan membuatkan metabolisma badan meningkat.
Sesiapa yang menggunakan delima akan sedar bahawa mereka akan berasa lebih ringan, bahan yang terkandung dalam delima itu berkesan dengan membersihkan sistem dan mengurangkan kembung yang tersimpan.

Delima Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis 


Jus Buah Delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. 
Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima selama 3 bulan dapat merendahkan kebarangkalian atherosclerosis (pengerasan salur arteries).
“Dalam Jus Delima, gula bercantum kepada antioksida yang unik, dimana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis.”

Delima Melindungi Otak Bayi dan Ibu Mengandung


Meminum Jus Buah Delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran.
Jus Delima juga mengandungi ‘potassium’ dimana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung apda waktu malam.
Jus Delima dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik. Doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asi folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi.

Delima Melawan Kanser Payudara

Kajian Penyelidik mendapati Jus Buah Delima dan minyak bijiannya dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara , kanser kulit dan kanser prostate serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.

Delima Melawan Penyakit Jantung

Jus Buah Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Antioksidan membantu membaiki kawasan sel yang rosak. Delima mengadungi 'flavanoids’ dan ‘polyphenols’ yang tinggi, antioksdian yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

Delima Mengurangkan Batuk dan Asthma

Kandungan asid askorbik (vitamin C) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

Delima Membantu Menstabilkan Paras Kolestrol

Jus Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik disamping menurunkan kolestrol yang buruk. Tahap kolestrol buruk yang tinggi boleh membawa risiko penyakit berbahaya.

Delima Membantu Merendahkan Tekanan Darah

Jus Buah Delima mempunyai kandungan ‘phytochemical’ yang mendorong penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang.
Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

See, banyak kan manfaat dia.
Plus, ni kan makanan sunnah Rasulullah SAW.
Semua makanan sunnah kan bagus untuk kita.
So, selamat beramal makan buah pomegranate :D

Thanks For Reading Guys ~

source ; sini

4 comments:

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...