ABOUT TIPS ISLAM HEALTH

Mar 15, 2017

Note For #batch99

 

This note is especially for #batch99 yang akan ambil result SPM esok.
Sy rasa kebanyakan korang dah baca kan. Sebab saya terima text ni dari whatsApp.
Yang belum baca lagi, boleh la baca sampai habis.
Semoga lebih bersemangat awak :D
Yang dah baca, baca sekali lagi pun tak apa. hihi :)



Esok adalah hari yang telah lama ditunggu-tunggu. Betul tak ?
Hari yang paling dinanti-nanti.
Mungkin, hari yang sangat bersejarah buat #batch99

Ingat satu perkara ni,
Apa pun keputusan esok, jangan bersedih.
Kita dah buat yang terbaik dah dalam peperiksaan.
Dan apa yang kita terima, itu juga yang terbaik.

Ingat kawan-kawanku,
Jangan tanya orang lain
"result kau camne weh?"
"Macam mana? Berapa A?"
Semua orang ada bahagian masing-masing.
Rezeki kita tak sama dengan rezeki dia.
Allah dah tetapkan sebaik-baiknya.
Jangan dipersoalkan.
Jangan dipertikaikan.

Jangan persoalkan result orang.
Kalau dia nak share, dia cakap.
Kalau dia diam, jangan ditanya.
Kalau result kita macam diharapkan, jangan terlalu lebar melempar senyuman depan kawan yang jelas tengah muram.
Hormatilah perasaan mereka.
Ingat.
Kita sendiri mesti pernah berada di situ, kan?
Siapa di sisi kita?
Kalau bukan sahabat-sahabat kita yang sentiasa ada menceriakan kita.

Kalau sekolah kita jenis yang umum nama pelajar-pelajar cemerlang naik pentas,
and kita sedar ada nama pelajar yang ditarget A 'lurus' tak diumumkan, tolong kawan-kawan.
Tolong sangat-sangat. Tolong jangan pandang dia dengan pandangan macam dia baru bunuh orang.
Come On.
Korang tak tahu apa dia rasa.
Entah-entah dia tengah tahan diri untuk tak menangis.
Entah-entah dia tengah fikirkan mak ayah dia yang ada dalam dewan tu bersedih.

Ingat.
Dunia tak pernah janjikan apa-apa.
Tak ada apa-apa undang-undang atau hukum yang kata budak A lurus je yang akan dapat kerja.
Budak A lurus je yang akan kaya.
Budak A lurus je yang boleh hidup senang.
Tak pernah ada.
Dan takkan pernah ada.

Orang suka tanya,
"Berapa A?"
Ada orang A dia sikit.
Tapi yang lain gred dia paling teruk B/C.
Ada orang, A dia banyak.
Tapi ada D.
Cuma, biasalah.
Mata kita hanya lihat pada bilangan A je.
Sedangkan kalau difikirkan balik, A yang sedikit dengan gred paling teruk B/C jauh lebih baik dari A yang banyak, tetapi ada D.

Senyumlah awak dan bangkit.
Apa pun keputusan yang kita terima, itu yang terbaik.
Jangan cakap,
"tulah, siapa suruh tak study awal-awal. Nak menangis berteriak pun tak ada guna la"
JANGAN !
Ni baru spm awak.
Mungkin rezeki kita lebih kat sini.
Mungkin Allah tengah makbulkan doa kita.
Atau mungkin juga Allah tengah uji kita.

Ingat,
Ujian Allah datang dalam dua bentuk.
Ujian ketika kita berduka.
Dan ujian disaat kita bersuka ria.
Kita tak sentiasa akan di atas selamanya.
Ada orang, laluan dia berliku.
Tapi penghujung dia indah.
Ada orang, laluan dia pantas,
singkat tapi terputus di tengah jalan.
Berlubang-lubang di merata tempat.

Apa-apa pun doalah banyak-banyak.
Minta dilapangkan dada, dilembutkan hati agar boleh terima apa jua keputusan yang keluar nanti.
Moga kita termasuk dalam golongan yang kenal erti syukur.
Apa pun keputusan kita esok, itu yang terbaik.
Allah tak bagi apa yang kita nak,
Tapi Allah bagi apa yang kita perlu.
 Tawakkal dan mohon Doa kepada Allah banyak-banyak ye #batch99 sekalian :)

source ; whatsApp

1 comment:

  1. Rasa macam nak nanges pulak baca entri ni .apa pun CCL ucapkan pada batch 99 moga dapat result yang baik ..dan lulus semua subjek

    ReplyDelete

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...