ABOUT TIPS ISLAM HEALTH

Mar 4, 2017

Tiga Kaedah Berkesan Mengawal Emosi Marah





Alhamdulillah. It's March. Keep reading guys. Entry penting ni. hehe
"Bagaimana hendak mengawal dan mengatasi sikap panas baran dalam diri saya ?"
"Ketika saya berdepan dengan sesuatu hal, saya mampu bersabar pada mulanya, tetapi akhirnya saya tewas juga"
"Kesabaran saya hanya dapat bertahan sekejap sahaja sungguhpun saya ada juga beristighfar"
Korang pernah tak mengalami situasi macam kat atas ni ? Saya sendiri pun pernah. Kadang-kadang tak boleh kawal jugak perasaan marah ni. Harap-harap entry ni dapat membantu Miss A & uolss semua okee 😊

Sesungguhnya kemarahan akan mengumpulkan segala keburukan.
Reaksi orang yang sedang marah dapat dilihat pada wajah dan anggota badannya seperti 
  • muka menjadi merah
  • urat-urat leher menegang
  • tubuh seakan-akan menggigil kerana geram
  • suara menjadi nyaring
  • lidah mula mengeluarkan perkataan yang buruk sama ada mengutuk atau mengeji.
Selain itu, akibat dari emosi marah tanpa kawalan, seseorang itu boleh bertindak memukul, menumbuk dan lebih parah lagi membunuh😲 bahaya betul kan. .

Plus, akan mendorong kepada perbuatan yang menyakitkan orang lain dan akhirnya mewujudkan permusuhan serta kebencian.

Banyakkan Minum Air Kosong

Pakar kesihatan menyarankan kita supaya minum air lapan gelas sehari, seboleh mungkin capailah angka ini.

Sebab apa?

Kerana air memang akan menenangkan dan menyejukkan. Syaitan dijadikan daripada api, maka siramlah api yang berada dalam badan dengan air.

Jangan lupa baca "bismillah" setiap kali nak minum air ye.

Kalau berwudhuk pun, itu lebih baik tau.

Dan mohon pada Allah agar api kemarahan yang menyala-nyala dalam diri itu menjadi kecil dan terpadam. InsyaAllah. Biar terhapus emosi marah tersebut.

Memakai Pewangi Setiap Masa

Hah ? Apa kena mengena pewangi dengan emosi marah ni ?
Haa nak tahu, korang kena teruskan membaca ye :D

Wangikan tubuh dan persekitaran anda. Kewangian akan membawa emosi marah kembali stabil manakala bau yang busuk pula boleh menyebabkan kita cepat marah.

Tanpa sebarangan wangian memanglah tiada apa-apa, tetapi jika wangi dapat merangsang diri untuk menjadi lebih tenang dan bijaksana.

Miss A sendiri pun baru tahu yang persekitaran wangi ni mampu meredakan kemarahan kita. Kalau macam tu, nak beli perfume banyak-banyak. Then spray dekat bilik. hihi😋

Amalkan Teknik "Pause"

Aihh, teknik pebenda pulak ni ? Korang pernah dengar tak ?
Bagi yang tak pernah dengar, korang kena baca sampai habis. Yang pernah dengar pun kena baca jugak hahaha😃😂

Konsep ini mendekatkan kita kepada tindakan secara rasional. Menjadi penyabar semasa marah adalah jalan terbaik.

Tetapi kadangkala kita lupa sebenarnya bergerak ke satu kesabaran itu memerlukan kita pantas merasionalkan diri kita.

Aplikasi konsep "pause" ini mudah sahaja, kita hanya perlu menekankan dua perkara ini :-

Diam

Kuasa diam begitu besar kerana secara tidak langsung ia mampu menerbitkan kesabaran akibat dari permulaan kita melakukan tindakan kedua iaitu berfikir.

Berfikir

Berhenti sejenak dan berfikir.
"Kenapa aku perlu marah?"
"Apakah kesan kemarahan aku nanti?"
"Bagaimana pandangan Allah kepada aku"
Sekiranya persoalan-persoalan ini diteliti, ia mampu mengembalikan kita kepada realiti dan keadaan sebenar.

So, Miss A rasa konsep pause ini adalah cara yang baik bagi mengurus kemarahan. Konsep ini mendekatkan kita kepada tindakan secara rasional.

Oleh itu, konsep "pause" boleh digunakan bagi membantu diri menjadi rasional sewaktu marah.

Okey so, Alhamdulillah. Done update this 3 tips. Hope it will help you guys. InsyaAllah.
A big thanks to korang yang dah baca entry saya ni sampai habis.
Thanks again guys.

source ; Sini


1 comment:

  1. Saya kalau marah memang saya akan diam dan jauhkan diri daripada orang yang buat saya marah tu and akan berlalu silent treatment untuk beberapa tempoh haha. biasanya saya marah sekejap je dan lepastu dah okay dah.

    ReplyDelete

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...