ABOUT TIPS ISLAM HEALTH

Apr 27, 2017

Antara Matrikulasi & Diploma


Sape dapat matrik, angkat tangan cepat. haha
Korang mesti dah check kan, nak tahu dapat ke tidak. . Ke ada lagi yang belum check ?
hah kalau belum, pergi check k. mana tahu kita dapat tempat belajar sama ke. haha

Korang yang dapat tawaran ke matrikulasi tu tahniah Miss A ucapkan :) Yang tak dapat tu, jangan bersedih-sedih. Rezeki Allah itu luas :) Ada la rezeki awak tu nanti yer.

Saya berkesempatan nak update pasal ni pun sebab ramai kawan-kawan saya tak tahu nak buat pilihan yang mana. Antara sambung diploma atau ke matrikulasi. Jadi saya search punya search terjumpa la entry ni. So, ini sebagai perkongsian kepada korang yang sedang otw nak sambung belajar soon. haha.

Entry kali ini pun saya ambil dari website Ini.
Korang yang masih tak tahu lagi kelebihan dan kekurangan matrikulasi atau diploma, korang boleh refer entry saya ini ye :)

happy reading guys.

Kelebihan Matrikulasi

  1. Program under KPM. Tidak perlu bayar malahan elaun diberikan kepada pelajar sepanjang pengajian.
  2. Tempoh pengajian yang pendek iaitu setahun dan terus dapat sambung ijazah.
  3. Sesuai bagi pelajar lepasan SPM yang tidak pasti halatuju masa depan untuk futher apa.

Kekurangan Matrikulasi

  1. Subjek padat dan pembelajaran dalam masa yang singkat.
  2. Perlukan result yang gempak atau akan di tendang keluar.
  3. Result matrikulasi dapat pointer 3.5 pun belum tentu boleh dapat course yang diidamkan.
  4. Jika result matrikulasi bawah 3.0 kebanyakannya dapat course lelong.
  5. Sijil lepasan Matrikulasi tidak boleh digunakan untuk dapatkan kerja.
  6. Hanya terdapat kursus matrikulasi bagi sains hayat (biologi), sains fizikal (fizik)dan perakaunan.
  7. Kurang praktikal

Kelebihan Diploma

  1. Lebih praktikal dari Matrikulasi kerana sesetengah kursus diploma terdapat practical training.
  2. Lebih tinggi peluang kerja bagi yang ada experience diploma dan ijazah berbanding matrikulasi dan diploma.
  3. Diploma dilengkapkan dengan pelbagai skills tambahan bagi minor course.
  4. Pembelajaran lebih santai.
  5. Sijil Diploma boleh di gunakan untuk dapatkan pekerjaan tak seperti Matrikulasi dan Asasi.
  6. Peluang yang lebih tinggi untuk sambung degree di tempat pengajian yang sama compare dengan matrikulasi jika pelajar dapat result yang sama.
  7. Sambung pengajian ijazah dengan hanya 2 tahun atau 2 tahun setengah kerana boleh pengecualian kredit(subjek yang dah diambil ketika diploma, tak perlu diambil lagi semasa ijazah) depend pada jenis course yang diambil.

Kekurangan Diploma

  1. Masa pembelajaran yang panjang iaitu kebiasannya 3 tahun.
  2. Mungkin melekakan bagi yang mudah terpengaruh.
  3. Tiada elaun dan pilihan yang ada ialah pinjaman PTPTN.

Mana Yang Terbaik Antara Matrikulasi dan Diploma

 

Setiap apa pun perkara dalam dunia ini pasti ada kelebihan dan kekurangannya. Walaupun dalam senarai di atas banyak kelebihan belajar diploma tapi semua itu pun boleh berubah bergantung pada diri kita sendiri untuk mengatasinya, sama ada nak berusaha untuk berjaya atau tidak. Kalau dengar pendapat ramai orang lain memang macam-macam versi ada yang cakap bagus belajar matrikulasi, diploma itu rugi. Dan ada yang cakap matrikulasi rugi, diploma bagus.

Jika anda seorang pelajar yang mampu untuk belajar dalam tempoh pengajian yang singkat selama setahun memang cik tom suggestkan anda pergi sambung ke matrikulasi. Lebih jimat masa pengajian. Belajar bersungguh-sungguh, jangan terleka dan sebaiknya score pointer 3.8 ke atas untuk dapatkan course ijazah yang diidamkan.

Namun sekiranya memang semenjak dari awal korang tak berminat untuk sambung ijazah bidang sains ataupun akaun dan ada target pekerjaan yang diidamkan, cik tom suggest korang sambung diploma dari awal. Nanti bila dah habis 3 tahun korang boleh apply ijazah dan dapat pengecualian kredit ijazah untuk 2 tahun.**
Matrikulasi+ Ijazah= total tempoh pengajian
1+3=4 tahun
Diploma + ijazah= total tempoh pengajian
3+2 tahun= 5 tahun
Pelajar perlu sedar bahawa penentuan arah masa depan bukan hanya bergantung kepada permintaan keluarga atau terikut-ikut kawan tetapi anda perlu menilai sendiri kelayakan, minat, tahap kelulusan serta keupayaan diri sebelum memohon atau memilih sesuatu kursus. Tepuk hati dan tanya akal fikiran dimanakan kemampuan diri anda?? Anda sebagai pelajar perlu ada keupayaan untuk mencabar diri sendiri bagi penentuan arah masa depan. Selamat Maju Jaya!!
**pengecualian kredit dari diploma ke ijazah bergantung pada jenis course.
Terima kasih sudi baca ~

4 comments:

  1. If it were me I would choose Asasi because I want to earn my degree fast lol

    ReplyDelete
  2. ijazah 3 tahun tu, depends gak but most of the courses (if im not mistaken), 4tahun. so nnt total yg ambik diploma dgn asasi ni akan habis degree at the same year (5 tahun jugak)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ouh. okey tq for the information :D

      Delete

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...