ABOUT TIPS ISLAM HEALTH

Apr 11, 2017

Kegunaan Dan Manfaat Ais Untuk Kecantikan

 

Siapa nak cantik angkat tangan sekarang ! hehe. Okay sekarang ni Miss A nak share satu artikel untuk menjadikan kulit korang semua cantik berseri. Tak perlu tukar-tukar pencuci muka dah lepas ni. hehe.

Sebenarnya , kulit saya sendiri bukannya flawless sangat. Tapi Alhamdulillah, lepas amalkan letak-letak ais kiub dekat muka, jerawat dah kecut and kulit pun rasa lembut sangat. Saya tahu pasal kebaikan ais ni pun sebab baca "Rahsia Kecantikan Artis Korea" dalam majalah KLIK! haha


MENGECILKAN RUANG PORI-PORI
Menurut majalah i-SIHAT.  ais dikatakan penawar paling berkesan untuk mengecilkan ruang pori-pori yang terbuka luas. Caranya ialah, korang just balutkan ketulan ais batu dengan sehelai tuala, then tekapkan jer balutan ais tadi di muka. Ingatan keras supaya korang jangan pulak memandai-mandai gi gosok muka tu dengan tuala tadi taw, tapi TEKAP kan sahaja yea? Tujuan tak bagi korang gosok dengan towel tadi sebabnya kulit muka kita ni licin dan sensitive, nanti kalau tengah gosok tetiba rasa pedih haa, susah pulak. Okay, tekapkan terutama ruang yang jelas pori-porinya macam kat area pipi berhampiran dengan hidung tu kan. 5 minit jer pun muka dah segar dah.

MENGUBATI MATA SEMBAB
Masalah mata sembab selalunya timbul bila kita tak cukup tidur, terlalu lama menggunakan gajet atau lepas menangis teruk. Okeh, so now kalau korang rasa susah sangat nak bukak mata tu yang boleh mengganggu kerja atau kuliah korang, mudah jer nak atasi masalah ni. Cuma perlu bungkuskan beberapa ketulan ais batu dengan tuala macam tadi, pastu gosok perlahan-lahan di bahagian mata korang terutama area bawah mata dan kelopak mata.. Kesejukan ais ni dikatakan boleh memberi kesan yang lebih menenangkan pada mata korang yang letih tu. Ini baru betul bak kata pepatah, "sejuk mata memandang." Hikhikhik.
ATASI JERAWAT
Dah guna macam-macam produk tapi bengkak jerawat still tak surut-surut? Korang wajib try cara ni, ambil sahaja seketul ais batu dan tak perlu dibalut, then with gentle and care you gosok ais tadi pada bengkak jerawat yang timbul. Menurut penulis Noreen Tajuddin dalam article nya "Mandi Ais Untuk Lebih Cantik",  penggunaan ice cube ni actually bukan setakat membantu dalm mengurangkan bengkak dan kemerahan jerawat tadi, plus ais ni pun dapat seimbangkan kadar minyak berlebihan pada wajah taw.
MENGURANGKAN BULU HALUS PADA WAJAH
Bulu-bulu halus pada wajah terhasil akibat hormon dalam badan. So jangan bimbang kalau korang (terutama perempuan) yang banyak bulu roma halus pada muka. Rawatannya sama sahaja iaitu dengan menggunakan ais sama ada korang nak gosokkan ice cube tu pada muka atau cuci muka dengan air sejuk. Memang menyegarkan sangat sangat tau.
MENGANJALKAN DAN MELEMBUTKAN KULIT WAJAH
Bagi mereka yang betul-betul menjaga kecantikan wajah, untuk mendapatkan kulit wajah yang anjal dan lembut bolehlah ulang kaedah menekap, menggosok serta mencuci muka dengan ais batu atau air sejuk sebanyak 3 kali seminggu. Hasilnya korang rasa lah sendiri. Okeh?
Haaa tengok, banyak kan manfaat yang korang boleh dapat.
Apa tunggu lagi, jom amalkan :)  
sourceSINI

6 comments:

  1. Kalau nak makeup kahwin, ada jugak MUA yang suruh letak ais dekat muka before makeup sebab nak kasi makeup lagi flawless 😊

    ReplyDelete
  2. Ohhhhh baru tahu banyak kegunaan rupanya ais ni. ingatkan untuk letak dalam air je minum air sejuk hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tu. banyak kegunaan dia. :)

      Delete
  3. haritu baru buat. lepas letak kat muka tu, pehh rasa kulit licin mcm ikan paus. tpi sakit sikit sebab sejukkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. haah memang mula mula rasa sakit sikit, tapi kalau lama-lama kurang la rasa sakit tu sebab dah biasa :)

      Delete

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...