ABOUT TIPS ISLAM HEALTH

Apr 21, 2017

Tips Mudah Minum Air 3 Liter Sehari

- Air kosong, nampak mudah hendak minum, akan tetapi ternyata bukan mudah seperti disangka. Lebih - Lebih lagi, mengikut sukatan keperluan berat badan dan paras air yg setara, dengan berat badan kita.
- Air adalah satu elemen yang sangat penting didalam tubuh kita, ini kerana kandungan air dalam badan manusia 60% - 70% dari berat badan. Kandungan air dalam lemak, hanya 10%, tetapi bagi mereka yang obesiti, kandungan air dalam tubuh adalah kurang 60% . Jadi pengambilan air yang mencukupi secara konsisten membekalkan tubuh yg cergas, sihat dan mampu mendapatkan berat yang ideal.
Ramai yang kata, termasuk saya sendiri, susah nak minum air 3 Liter sehari. Mungkin kita tak tahu cara/waktu nak minum air yang betul kan ? Okey so sekarang ni jom baca sampai bawah. Moga ia bermanfaat :)

Tips Mudah Minum Air 3 Liter Sehari

Minum 2 gelas air, sebaik sahaja bangun dari tidur dapat mengaktifkan dan mencergaskan organ dalaman. (petua awet muda nie tau, rugi tak ikut, hihihi)

Minum air 1 gelas selepas solat subuh.

Minum air 1 gelas sebelum mandi.

Minum air 1 gelas Selepas mandi dapat membantu mengurangkan tekanan darah rendah.

Minum air 1 gelas selepas solat zuhur

Minum 2 gelas air 20 minit, sebelum makan, membantu sistem penghadaman

Minum 1 gelas air selepas solat asar

Minum 1 gelas air sebelum mandi petang.

Minum 1 gelas air selepas solat maghrib

Minum 1 gelas air selepas solat isyak

Minum 1 gelas air sebelum tidur, mampu menggelakkan strok dan serangan jantung pada waktu malam.

- Mungkin kalau korang yang baru nak start minum air dalam kuantiti yang banyak ni, akan ulang-alik ke tandas. Sebab rasa nak buang air kecil selalu je. huhu. Ni mula-mula je ye. Kalau lama-lama korang dah biasa. takde dah ulang-alik ke tandas tu. hehe
- Sama macam saya ni jugak. Masa first time minum air segelas, 2 gelas. Mula la nak ke tandas. Tapi alhamdulillah, lama-lama okey :)
Haaa 13 gelas terus dalam sehari. Okey la kan. Dapat menjadikan kita lebih sihat. InsyaAllah.
Kalau korang taknak minum 3 liter sehari pun tak apa. 
Yang penting jangan minum 1 gelas air je sehari. Sebab 1 gelas tu tak cukup tau. Lagi-lagi musim panas ceng-ceng (kelantan's languange) macam ni haha
Kalau saya, minum 3-4 gelas macam tu je sehari.
13 gelas ni belum cuba je lagi. hahaha 😂

Kenapa kita kena minum banyak sangat air ni ?
Apa kelebihan dia ?
Kalau tak minum air banyak macam ni tak boleh ke ?

Persoalan yang selalu bermain di minda, haa nak tahu kena baca bawah ni :D keburukan yang uols dapat bila tak minum air cukup.

10 Kesan Buruk Kurang Minum Air Kosong!

1. Lemah daya ingatan/mudah lupa dan keliru.
2. Lesu pada waktu siang hari.

3. Mudah Sakit Kepala.

4. Memperlahankan kadar metabolisme badan. (berat badan sukar turun)

5. Dehidrasi (tubuh akan mengalami dehidrasi menyebabkan cairan diotak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir keotak berkurang. Akibatnya sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang.

6. Darah menjadi lebih pekat.

7. Degupan jantung semakin meningkat.

8. Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara.

9. Menganggu fungsi ginjal, ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang. (minum air secukupnya maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing)

10. Kulit menjadi kusam, ini kerana kurang minum air menyebabkan aliran darah dalam kapilari dikulit juga tidak maksimal.

Tengok tu. Banyak kan keburukan dia.
So sekarang, jom kita cuba praktikkan minum air 13 Liter sehari.
InsyaAllah boleh :)

Thanks for reading my entries 😍

No comments:

Post a Comment

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...