ABOUT TIPS ISLAM HEALTH

May 28, 2017

Tips Sentiasa Sihat Di Musim Panas


Hai semua.
Selamat berpuasa korang semua.
Sebenarnya posting ni dah sebulan bersarang kat "draf". Sebelum ramadhan lagi, dah ada post ni, haha.
Tak sempat nak update sebab busy sangat sebelum ni.
Haa, hari ni la ada kesempatan sikit nak publish posting ni. hehe.

Okay, back to the topic
Sekarang ni cuaca panas sangat kat Malaysia kan.
Rasa nak duk bawah kipas je sentiasa. Plus kalau ada air-cond lagi best.
Terus rasa sejuk. hihi

Kalau musim panas-panas macam ni, nak dapat demam, selsema dan sewaktu dengannya tu senang sangat kan.
So, sekarang nak share tips untuk sentiasa kekal sihat di waktu musim panas. Supaya korang tak mudah terkena sebarang penyakit. InsyaAllah

Pakai Topi / Gunakan Payung

http://images.clipartpanda.com
- Pakai topi / gunakan payung ni penting untuk korang lindungi kulit korang daripada pancaran haba terus ke badan.
- Paling penting guna payung sebab haba yang terpancar tak ada la kuat sangat kan.
- Plus, untuk elakkan daripada terkena stroke haba.

Bagaimana Strok Haba Berlaku ?
Dalam keadaan biasa, badan kita mengeluarkan haba akibat metabolisme dan selalunya berupaya menghilangkan haba melalui proses sejatan peluh. Walau bagaimanapun, dalam keadaan haba/panas yang terlampau tinggi, kelembapan persekitaran yang tinggi atau semasa melakukan aktiviti fizikal yang lasak semasa matahari terik, besar kemungkinan badan tidak dapat menghilangkan haba dengan sempurna dan menyebabkan suhu badan meningkat sehingga melebihi 41 °C. Keadaan tersebut boleh menyebabkan strok haba.
Selain itu, dehidrasi juga boleh menyebabkan strok haba. Individu yang mengalami dehidrasi tidak dapat mengeluarkan peluh dengan cukup cepat untuk menghilangkan haba, yang menyebabkan suhu badan meningkat. Apabila suhu badan meningkat, akhirnya ia menyebabkan penyahhidratan yang teruk, tisu otak menjadi bengkak, tekanan darah menjadi rendah serta mengakibatkan kerosakan pada organ, dan akhirnya mungkin akan menyebabkan kematian.
( sumber ; SINI )

Lebihkan Masa Di Rumah

http://images.clipartpanda.com
- Luangkan masa korang semua di dalam rumah dan kurangkan aktivit di luar.
- Elakkan dari keluar rumah, terutamanya pada pukul 10 pagi sehingga 4 petang kerana matahari pada waktu itu akan membahayakan kulit korang.
- Kalau nak keluar shopping ke, apa ke, better pergi waktu "lepas asar" ke, ataupun waktu malam.

Tidak Duduk Di Dalam Kenderaan

https://clipartion.com
- Tidak duduk dalam kenderaan yang bertutup tanpa penghawa dingin
- Kenapa tak boleh ? Haa jom baca kat bawah ni.

Kajian menunjukkan bahawa suhu dalam sebuah kereta akan meningkat secara mendadak  sekiranya kereta dibiarkan di bawah panas matahari. Suhu atau tahap kepanasan boleh meningkat antara 10 ke 20 darjah dalam masa 20 minit sahaja.Keadaan ini akan menyebabkan kepanasan melampau kepada orang yang duduk di dalam kereta.Ini secara tidak langsung akan meningkatkan suhu dalaman badan seseorang secara mendadak sehingga 41 darjah Celsius.
( sumber ;  SINI )

Pakai Losyen

https://sciencekara.files.wordpress.com
- Sinar UVA sememangnya bahaya kerana radiasinya yang panjang dan menembus ke bahagian dermis. Kerosakan yang terjadi akibat UVA bersifat kekal dan menunggu masa untuk kelihatan di mata kasar.
- Jadi, pakailah losyen yang SPF 30 dan keatas. Sekarang ni pun banyak kan, losyen-losyen yang dijual dekat pasaraya. Banyak pilihan. hehehe

Kurangkan Minum

https://s-media-cache-ak0.pinimg.com/

- Kurangkan minum ? Minum air masak ka ? Taklah awak. Minum minuman berkafein.
- Sebab apa kena kurangkan ? Jom baca kat bawah ni.
- Bangun pagi, kita sarapan selalunya minum kopi atau teh kan, tapi kalau cuaca panas macam sekarang ni, tak elok la sebab kita akan kerap membuang air kecil sedangkan badan kita memerlukan banyak air kerana suhu panas boleh menyebabkan badan hilang banyak air.
- Seeloknya, kita perlu minum jus buah-buahan yang kurang gula. Tak perlu pun sebenarnya nak minum air 3 Liter / 2 Liter sehari. Ambil jus buah-buahan pun dah cukup elok dah. 
[ sumber ; SINI ]

Pakai Pakaian

http://clipart-library.com
- Pakai lah pakaian yang ringan, bewarna dan longgar.
- Dulu masa sekolah, cikgu Fizik saya bagitahu, yang dia tak pernah dan tak minat pakai pakaian bewarna gelap seperti hitam. Sebab apa ? Sebab warna hitam ni menyerap haba. So, kalau korang pakai, korang akan jadi cepat panas.
- Pakailah pakaian warna terang macam warna putih. Warna putih, katanya dapat membebaskan haba. Haa, kurang la sikit rasa panas tu kan.

Minum Minuman Isotonik

https://www.xpressbuddy.com
- Minum minuman yang berisotonik dapat memastikan tubuh badan kita tidak mengalami dehidrasi tanpa mengira tahap aktiviti fizikal yang kita lakukan.
- Bagi saya, minuman isotonik ini merupakan minuman yang dapat menambahkan tenaga.
[ sumber ; SINI ]

Guna Kipas/Pendingin Hawa


http://clipartall.com/

- Haa yang ini penting, sebab dengan kipas / pendingin hawa saja la kita dapat menyejukkan badan kita yang berpeluh kepanasan ni haa.
- Bagi mereka yang tidak mampu untuk pasang air-cond dekat ruman, guna kipas pun dah okay dah tau. Rasa jugak dingin dekat badan

Banyakkan Minum Air Kosong

https://rfclipart.com

- Poin ni la yang paling penting sekali dalam kehidupan seharian kita. Iaitu banyak minum air kosong !
- Macam mana nak bahagikan masa minum air kosong ? Haa jom baca sini - Tips Mudah Minum Air 3 Liter Sehari

Hahaha, post kali ini kiddy sikit. sebab saya ambil pic yang kartun-kartun. hehehe.
Terima Kasih Sudi Baca~

6 comments:

  1. Sekarang cuaca sangat panas. Biar dalam rumah, tetap terasa habanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kan. Tapi Alhamdulillah, sekarang ni pun turun jugak hujan kan. Tak terasa sangat panas tu.

      Delete
  2. Hujung minggu x pergi mana boleh lagi bertahan, start keja nanti baru terasa panas.. Entry ni membantu sangat kalau tak LZ memang minum kafein lebih.. 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. bagus la sis. kurangkan kafein. hihi :D

      Delete
  3. Tips yg sgt bagus. Skrg cuaca tak menentu. Tghari panas bukan main, masuk ptg hujan pula. Kena betul2 jaga kesihatan. Kalau takde kepentingan utk Keluar better staybat home kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah betul tu. tambah-tambah skrg ni bulan puasa kan :)

      Delete

 
This Blog Are Protected By Me . DO NOT OPEN MY PAGESOURCE . Full Designed by -Nur Irdina Zakaria-
...