Sep 2, 2017

Cara Bisnes Seperti Rasulullah Yang Membawa Berkat


 1. Jujur
-Rasullullah mendapat gelaran Al-Amin atau orang yang dipercayai.Dalam menjalankan bisnesnya Rasullullah selalu mengutamakan kejujuran . Nabi Muhamad bukan hanya jujur kepada rakan bisnesnya bahkan kepada pelanggannya .Rasullullah selalu menjelaskan apa adanya pada produk beliau serta kelemahan dari barangnya.

2. Sopan santun dan hormati pelanggan
- Rasullullah menganggap semua pelanggannya adalah saudaranya.Selain itu Rasullullah jugak sentiasa menghormati pelanggannya.

 3. Tepati Janji
-Seperti firman Allah di dalam ayat surah Al-maidah ayat:(1).
"Wahai orang2 yang beriman patuhilah janjimu......"
[ Al-Maidah - Ayat 1 ]
Rasullullah dalam menjalankan bisnesnya dan selalu menjaga kepercayaan pelanggannya diantaranya menepati janji.

4. Jangan Jual produk yang buruk
-Rasullullah selalu mengajarkan untuk memilih mana2 produk yang baik dan produk yang buruk. Rasullullah selalu menjaga mutu barang2 yang dijualnya.Bahkan Rasullullah tidak akan menjual produk yang kualitinya yang sangat rendah.

 5. Tidak boleh memburukkan bisnes orang lain
" Janganlah Seseorang diantara kalian menjual dengan maksud untuk memburukkan apa yang dijual oleh orang lain"  -  HR MUTTAFAQ
Itulah yang dikatakan oleh Rasullullah kepada pengikutnya kerana prinsip utama bisnes adalah untuk memuaskan pelanggan bukan mematikan bisnes orang lain anda tidak perlu juga menyatakan bahawa bisnes si A lebih buruk daripada bisnes anda sendiri .Yang penting anda harus menunjukkan kualiti produk anda dan biarkan pelanggan menilainya kerana rezeki sudah Allah aturkan bukan ?

6. Bisnes Tidak Boleh Meninggalkan Ibadah
-Allah tidak suka orang yang selalu sibuk dengan berniaga sehingga melupakan kewajipannya iaitu beribadah .Kebanyakkan orang yang berniaga lupa waktu solat.Kita perlu usahakan supaya dapat menunaikan solat 5 waktu dengan sempurna.

#TerimaKasihSudiBaca

4 comments:

  1. solat 5 waktu kalau di tgglkan semakin hari semakin malas
    tapi,cuba solat semggu 5 waktu jgn berhenti...in sya allah
    kita akan dpt petunjuk yg benar

    ReplyDelete
  2. Peribadi Rasulullah yang sangat mulia. Jangan berniaga hanya sekadar mengejar keuntungan. Kan?

    ReplyDelete
  3. Good advices especially the last one. Teringat cerita yang masa solat Jumaat semua peniaga tinggalkan kedai macam tu je.

    ReplyDelete