Jan 5, 2019

Cara Untuk Move On

Imej yang berkaitan

  • Menerima Kenyataan

Anda boleh mula dengan menerima apa yang dah jadi. Memang la nampak senang diucap berbanding melakukannya. Tapi siapapun akan menyarankan orang yang dah patah hati ni untuk belajar terima kenyataan tentang apa yang dah jadi, sebab itu je cara yang boleh kita lakukan untuk teruskan melangkah ke depan.

  • Hilangkan Perasaan Bersalah
Bebaskan diri anda dari perasaan bersalah dan menyesal setelah putus dengan dia.


  • Cuba tepis atau buang hal-hal yang boleh mengingatkan kita terhadap dia.
Cara untuk move on adalah dengan tidak mengingat-ingat tentang dia. Untuk itu, buang semua barang-barang yang akan membuat anda semakin ingat dia. Buang ok. Bukan simpan


  • Fokus pada diri sendiri
Jadi single lepas putus cinta ni adalah tepat untuk memperbaiki diri sendiri. Perbaiki dulu diri anda sendiri, sebelum fokus pada orang lain.


  • Cari rutin atau hobi baru
Selain daripada membuat anda lebih sibuk, rutin atau hobi baru dapat menyegarkan fikiran anda. Cuba cari hobi baru anda, insyaAllah lama kelamaan anda boleh lupakan si dia.


  • Elakkan dari terus cari pengganti.
Cari pengganti baru tak membuat anda terus lupa dengan si dia. Orang baru yang hadir boleh saja hanya jadi "pelarian" anda. Daripada terburu-buru menjalin hubungan dengan orang baru, lebih baik anda berkumpul dengan kawan-kawan anda. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk menepis rasa kesunyian. Tak payah terburu-buru cari pengganti.

Terima Kasih Sudi Baca~
Selamat Tahun 2019 sahabat semua 


Credit : Telegram

2 Mankind:

  1. Happy New Year!
    hmm..saya cuma takleh move on dengan drama korea je huhuhuhu

    https://mylittlestoryi.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. same here. takleh move on jugak even dah tahun baru. hahaha

      Delete